Intipati Firman by Karl Hanz Nichol
Namun apa yang berlaku? Sewaktu Yesus Ditangkap dan dihakimi oleh para imam, Petrus juga ada di tempat itu menyaksikan Yesus dihakimi, namun salah seorang pengunjung terlihat akan Petrus dan berteriak.. "Inilah Murid yg selalu mengikuti Yesus..." SAAT itulah Petrus menyangkal Yesus 3 kali, selepas ayam jantan berkokok 3 kali dia teringat akan apa yang pernah dibicarakan oleh Yesus kepadanya. Petrus kemudian menangis. Saya berhenti membaca di ayat tersebut. Pada saat inilah satu suara halus berbicara dengan lembut tetapi tegas;
"MENYESAL...."
Saat kita menyesal semua telah terlambat, baru teringat akan pesan teman yang pernah menegur namun buat endah tak endah dan buat tidak tahu secara kasar bahasanya "buat bodo". Apa yang mahu saya kongsikan adalah; Setiap tindakan atau perkara yg dilakukan biarlah didasari oleh firman Tuhan bukan dengan pemikiran sendiri. Majoriti INTIPATI Firman Tuhan adalah berkenaan PERTOBATAN. Dalam firman-Nya telah tertulis JANGAN lakukan ini, JANGAN lakukan itu, supaya pada suatu masa nati kita tidak terbinasa. Setiap apa yang difirmankan oleh Tuhan semuanya benar kerana Dia adalah kebenaran. Ternyata Perkataan JANGAN ini bersangkut dengan teguran dan setiap teguran ini telah ditunjukkan juga akibatnya.
Namun ada di antara kita tahu tetapi diabaikan tanpa disedari tindakan kita tadi adalah sama seperti Petrus dengan yakin mengatakan dia tidak akan menyangkal Yesus yang akhirnya akan membawa kepada penyesalan. Saat inilah Setan dan Iblis mudah bekerja, Ia menghasut sehingga kita jatuh ke dalam api neraka. Apa kaitan penyesalan dengan Setan: Kisah Yudas menggantung dirinya, MENYESAL kerana mengkhianati Yesus. Sebelum menggantung dirinya Setan dan Iblis telah bekerja dengan menghasut pemikiran Yudas yang akhirnya membawa kepada kematian. Setan adalah makhluk dari neraka yang dipertanggungjawabkan untuk menyesatkan manusia. Ia menggunakan apa sahaja peluang untuk membawa kita ke dalam lubuk dosa dan akhirnya jatuh ke dalam api neraka.
Saudara sekalian, pengajaran dan tauladan...... Rajin2lah membaca Firman Tuhan dan Amalkan apa tertulis di dalamnya, Ambil berat akan teguran-Nya. Ganjaran akan datang tanpa kita sedari, Kerana Tuhan punya rencana bagi setiap anak2-Nya. GOD BLESS ALL!!
Hari ini saya balik Sabah, Tuhan sdh mendahului perjalanan ku...
Pelayanan Mission Trip harus saya lakukan bersama-sama dengan Tuhan..
Engkau tahu Tuhan bahawa pergumulan yang saya hadapi terlalu berat ya Bapa..
Setiap orang pasti ada pergumulan yang tersndiri....
Tuhan saya memerlukan anugerah-Mu utk saya lepas daripada godaan ini...
Hal yang saya tidak mahu lakukan, itulah saya buat...
Begitu ku sakiti hati-Mu..
Berikan aku anugerah utk lepas dr semua ini Tuhan....
No comments:
Post a Comment